Monday, March 30, 2009

HMT329 Laporan Gurney

Pada 22 hb Mac 2009, semua pelajar HMT 329, Dr.Radiah dan Cik Helina telah pergi ke Plaza Gurney. Kami menaiki bas ke Komtar dan dari Komtar kami semua menaiki bas percuma untuk pergi ke Padang Kota dengan harapan dapat melawat Kota Cornwallis. Tetapi, hajat kami tidak kesampaian kerana tempat bersejarah tersebut tidak dibuka pada hari Ahad. Terdapat tugasan yang kami perlu lakukan sepanjang perjalanan kami ke Plaza Gurney. Kami perlu melihat kesalahan bahasa yang digunakan, penjenamaan semula, penggunaan kata panggilan dan sebagainya. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang iaitu Sharifah Shadhatul Nadrah, Choi Hooi Lean, Nur Hanizah dan pelajar yang tidak mempunyai kawan iaitu Azrul Azizul Hakim.

Perkara pertama yang ahli kumpulan kami dapat lihat ialah penjenamaan semula. Penjenamaan semula bermaksud sesuatu lambang atau produk yang digunakan kepada produk yang bukan keluaran mereka tetapi untuk menonjolkan produk mereka. Perkara ini dapat dilihat pada bas-bas Rapid Penang. Penjenamaan tersebut ialah Fly fm iaitu sebuah stesen radio di Malaysia. Selain itu, hal ini turut dapat dilihat di beberapa stesen bas kecil. Jenama yang kerap dijumpai ialah Maxis, Honda, Follow Me dan Sharp. Perkara ini dapat dibuktikan seperti contoh gambar di bawah

Gambar 1


Gambar 2
Selain itu juga, kata sapaan diabaikan oleh jurujual di kedai-kedai yang terdapat di Gurney. Mereka amat jarang menggunakan kata sapaan. Sepatutnya mereka mestilah menggunakan kata sapaan untuk menunjukkan penghormatan kepada pengunjung yang mengunjungi kedai mereka. Tetapi terdapat sebuah kedai iaitu kedai Body Glove yang menggunakan kata sapaan iaitu Welcome atau transliterasinya selamat datang. Mereka menyapa kami dengan menggunakan kata sapaan berbahasa Inggeris. Jurujual kedai ini juga mengucapkan kata sapaan Thank you sewaktu kami melangkah keluar dari kedai tersebut. Kesimpulannya, penggunaan kata sapaan amat jarang digunakan oleh jurujual untuk menyapa pelanggan mereka.

Selain itu, kami juga turut melihat penggunaan bentuk panggilan sewaktu menjalankan kajian kami di Gurney. Antara bentuk panggilan ialah Cik, Encik atau Puan, Tuan dan sebagainya. Bentuk panggilan untuk bahasa Inggeris pula ialah Miss dan Mr. Tetapi penggunaan bentuk panggilan ini diabaikan oleh jurujual di Gurney. Kebanyakan daripada mereka tidak menggunakan bentuk panggilan ini. Penjual biasanya akan terus bertanyakan soalan kepada pelanggan seperti “Nak cari apa?” dan tidak menggunakan bentuk panggilan. Dari segi penggunaan bahasa pula, kebanyakan jurujual di Gurney menggunakan bahasa rojak iaitu mencampurkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam pertuturan mereka. Hal ini mungkin kerana kebanyakan daripada jurujual yang kami temui merupakan berbangsa Cina dan tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Tetapi sewaktu kami bertanyakan soalan kepada jurujual berbangsa Melayu di kedai kasut Santa Barbara, jurujual tersebut turut menggunakan bahasa rojak. Sedangkan kami mengemukakan soalan dalam bahasa Melayu.

Seterusnya, kebanyakan jurujual menggunakan bahasa yang sama dengan bahasa dituturkan oleh pelanggan dengan andaian pelanggan mengetahui bahasa tersebut. Contohnya jika pelanggan tersebut menggunakan bahasa Inggeris, jurujual tersebut akan turut menggunakan bahasa Inggeris untuk melayan pertanyaan yang dikemukakan oleh pelanggan. Hal turut bersamaan apabila pelanggan menggunakan bahasa Melayu atau Cina. Tetapi terdapat juga jurujual yang menggunakan bahasa Inggeris walaupun kami mengemukakan soalan dalam bahasa Melayu. Hal ini berlaku apabila Sharifah mengunjungi kedai makanan Jepun. Sharifah telah mengemukakan soalan dalam bahasa Melayu tetapi jurujual menjawab soalan tersebut dalam bahasa Inggeris. Manakala terdapat juga sesetengah jurujual yang secara automatik akan menggunakan bahasa Cina jika pelanggan berbangsa Cina. Hal ini dapat dilihat sewaktu Hooi Lean mengunjungi kedai makanan Jepun. Jurujual tersebut secara automatik menyapa Hooi Lean dalam bahasa Cina / Mandarin.

Terdapat banyak kesilapan bahasa yang dapat dilihat semasa di Gurney dan semasa perjalanan pulang ke USM. Kesilapan bahasa yang dapat kami lihat adalah kesilapan menulis perkataan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contohnya perkataan Restrooms yang dituliskan secara tidak terpisah. Perkataan ini seharusnya ditulis seperti berikut : Rest rooms. Kesilapan ini turut berlaku dalam bahasa Melayu. Sebagai contohnya ialah penulisan Rumahapi dan hakmilik yang ditulis secara tidak terpisah. Kedua-dua perkataan ini merupakan kata majmuk. Terdapat beberapa kata majmuk yang ditulis secara tidak terpisah tetapi kata majmuk tersebut ialah kata majmuk mantap. Kedua-dua perkataan tersebut bukan merupakan kata majmuk mantap yang mesti ditulis secara terpisah. Kesilapan yang seterusnya ialah kesilapan penulisan di sebagai afiks dan preposisi. Kesilapan ini merupakan kesilapan yang paling banyak dikesan di sekitar Padang Kota dan Plaza Gurney. Keseluruhan kesilapan ini dapat dilihat seperti gambar di bawah :

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 8


Kesalahan penulisan di sebagai preposisi dapat dilihat dalam gambar 7. Sepatutnya, penulisan di sebagai preposisi ditulis secara terpisah. Kesalahan penulisan di sebagai afiks juga turut dapat dikesan. Hal ini dapat dilihat dalam gambar 4 dan 8. Sepatutya penulisan di sebagai afiks mestilah ditulis secara tidak terpisah. Kesalahan penulisan kata majmuk pula dapat dilihat dalam gambar 5 dan 6. Manakala terdapat juga kesalahan penterjemahan. Hal ini dapat dilihat dalam gambar 4. Dalam gambar ini istilah sprinkler dalam bahasa Inggeris diterjemahkan terus dalam bahasa Melayu dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris juga. Hal ini mungkin berlaku kerana tiada istilah yang membawa makna yang sama dengan perkataan sprinkler. Perkara ini menyebabkan bahasa Melayu meminjam secara keseluruhan istilah bahasa Inggeris tersebut.

Perkara yang seterusnya ialah dari segi aspek hormat. Kata sapaan, bahasa badan, bentuk panggilan dan sebagainya dapat menaunjukkan tanda penghormatan seseorang kepada seseorang yang lain. Tetapi wujud juga keadaan jurujual yang tidak hormat kepada pelanggan mereka. Sebagai contohnya, semasa kami mengunjungi ke butik Guess, jurujual di sana tidak melayan kami apabila Hanizah bertanyakan soalan kepada mereka. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka beranggapan bahawa kami tidak mampu membeli barangan jenama tersebut. Perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa jurujual tersebut tidak hormat kepada kami. Sebagai penjual mereka mestilah sentiasa memberikan perkhidmatan yang sama tanpa mengambil kira status pelanggan.

Kesimpulannya, perjalanan kami pada hari tersebut berakhir dalam keadaan yang selamat. Selain itu, terdapat banyak perkara baru yang dapat kami peroleh. Kami juga dapat mengaplikasikan ilmu bahasa yang kami pelajari dengan menganalisis setiap perlakuan manusia di Gurney. Perkara ini merupakan perkara yang menyeronokkan. Bagi kesalahan bahasa pula, kerajaan negeri mestilah sentiasa mengambil berat perkara ini kerana kadang kala terdapat juga kesalahan penulisan dalam bahasa Inggeris yang boleh menganggu pelancong asing.

Ahli Kumpulan
Sharifah Shadhatul Nadrah, 22
Choi Hooi Lean 3
Nur Hanizah, 18
Azrul Azizul Hakim, 1

Friday, February 6, 2009

Selamat tahun baru Cina

恭喜发财
gōng xǐ fā cāi (Bahasa Mandarin)
gēong hì hùak cāi (Bahasa Teochew)
gēong hì hùat cāi (Bahasa Hokkien)
gūng hī fàt chōi (Bahasa Hakkha)
gōng héi fǎt chǒi ( Bahasa Cantonese)

Thursday, February 5, 2009

perbandingan konsep milik antara bahasa Mandarin, dialek Hakkha dan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor









3. Choo Hooi Lean
5. Husna Hasan

1.0 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, punya beerti mempunyai iaitu ada, memiliki, dan kepunyaan iaitu sesuatu yang dimiliki, hak, milik (2002: 1072). Milik pula beerti kepunyaan, hak (2002: 89). Maka, konsep milik juga disebut sebagai konsep punya. Esei ini akan membandingkan konsep punya atau milik bagi bahasa Mandarin, dialek Hakkha yang digunakan oleh Choo Hooi Lean dan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor yang digunakan oleh Husna Hasan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui konsep milik atau punya bagi bahasa Mandarin, dialek Hakkha dan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor.

2.0 Analisis Konsep Milik

Bagi bahasa Mandarin, konsep milik biasanya ditunjukkan dengan kata ‘de’ dan akan muncul selepas kata ganti nama. Begitu juga dengan dialek Hakkha, iaitu kata ‘ei’. Namun, di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor konsep milik hadir sebelum kata ganti nama. Contohnya, dalam dilalek Melayu Selatan ini, melalui frasa ‘buku saya’ manakala bagi bahasa Mandarin iaitu ‘wo de shu’ dan dialek Hakkha iaitu ‘ngai ei shu’.

Bagi bahasa Mandarin, konsep milik ditunjukkan dengan kata ‘de’ yang hadir selepas kata ganti nama ‘wo’. Keadaan ini juga bersamaan dengan dialek Hakkha iaitu kata ‘ei’ hadir selepas kata ganti nama ‘ngai’ yang membawa maksud saya. Namun konsep milik bagi dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor adalah sebaliknya kerana konsep milik hadir sebelum kata ganti nama ‘saya’ dan konsep milik tidak ditunjukkan oleh sebarang kata berbanding bahasa Mandarin dan dialek Hakkha yang ditunjukkan melalui kata seperti kata ‘ei’ dan ‘de’ yang membawa maksud punya.

Walau bagaimanapun, dalam bahasa Mandarin, kata yang menunjukkan konsep milik, iaitu ‘de’ boleh digugurkan mengikut penggunaan kesantunan bahasa. Misalnya, dalam frasa ‘wo de jia’ yang membawa maksud rumah saya. Dalam frasa ‘wo de jia’ ini, kata ‘de’ yang menunjukkan konsep milik sebenarnya boleh digugurkan menjadi ‘wo jia’. Contoh dalam ayat ialah seperti berikut:





Bagi contoh dua dan tiga, dengan jelasnya konsep milik hadir selepas kata ganti nama dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha yang menunjukkan bahawa konsep milik hadir selepas kata pemilik. Contonya, ‘wo de yi fu ang zang le’, kata ‘de’ yang menunjukkan punya hadir selepas kata ganti nama ‘wo’ yang menunjukkan pemilik bagi ‘yi fu’ yang bermaksud baju. Berbanding dengan dialek Melayu Selatan, konsep milik hadir sebelum kata ganti nama seperti ‘baju aku dah kotor’. Kata ‘baju’ hadir sebelum pemilik iaitu ‘aku’.

Bagi penggunaan kata jamak, konsep milik di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor tidak berubah dalam struktur ayatnya. Contohnya, 'baju-baju aku dah buruk'. Dapat dilihat di sini bahawa konsep milik tetap hadir sebelum kata ganti nama 'saya' dan tidak ditunjukkan dengan sebarang kata lain iaitu tiada kata tambahan yang menunjukkan konsep jamak dan hanya ada gandaan kata sahaja. Bagi bahasa Mandarin dan dialek Hakkha, konsep milik tetap hadir selepas kata ganti nama. Namun, terdapat penambahan kata untuk menunjukkan kata jamak. Contohnya, di dalam ayat 'wo de hen_dua yi_fu jiu le' <> 'saya punya banyak baju buruk sudah' dalam bahasa Mandarin dan 'ngai ei ho_do sam fai liao' <> 'saya punya banyak baju buruk sudah' di dalam dialek Hakkha yang bermaksud baju-baju saya sudah buruk di dalam bahasa baku. Melalui contoh ayat ini, di dapati bahawa di dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha mempunyai kata tambahan iaitu 'banyak' dalam ayat bagi menunjukkan kata jamak dalam konsep milik iaitu 'hen_dua' <> 'banyak' dalam bahasa Mandarin dan 'ho_do' <> 'banyak' dalam dialek Hakkha.

Selain itu, terdapat juga kata sendi nama ‘kepada’ di dalam ungkapan kata yang mempunyai konsep milik. Contohnya, di dalam bahasa Mandarin konsep milik yang terdapat kata sendi nama ‘kepada’ dapat ditunjukkan dalam penggunaan nama seperti Choo Hooi Lean <> Hooi Lean ialah anak kepada keluarga Choo. Bagi ayat ini, Choo menunjukkan nama keluarga, manakala Hooi Lean menunjukkan Hooi Lean ialah anak kepada keluarga Choo. Hal ini sama dengan dialek Hakkha. Oleh itu, bagi bahasa Mandarin dan dialek Hakkha tidak terdapat apa-apa kata yang menunjukkan kata sendi nama ‘kepada’ di dalam konsep milik dalam penggunaan nama. Di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor pula, tidak terdapat kata sendi nama ‘kepada’ bagi menunjukkan konsep milik anak dalam penggunaan nama tetapi terdapat kata ‘binti’ bagi menunjukkan kata sendi nama ‘kepada’ dalam penggunaan nama. Contohnya, Husna binti Hasan <> Husna ialah anak kepada Hasan.

Dari segi hukum DM pula iaitu konsep diterangkan dan menerangkan, terdapat perbezaan di antara bahasa Mandarin dan dialek Hakkha dengan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor. Contohnya, di dalam bahasa Mandarin, wo de che <> saya punya kereta, dialek Hakkha ialah ngai ei cha <> saya punya kereta dan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor ialah kete aku <> kereta saya. Daripada contoh frasa tersebut, di dapati bahawa bahasa Mandarin dan dialek Hakkha tidak menepati hukum DM di dalam konsep milik kerana kata yang menunjukkan hukum ‘menerangkan’ iaitu wo <> saya di dalam bahasa Mandarin dan ngai <> saya di dalam dialek Hakkha hadir dahulu sebelum kata yang menunjukkan hukum ‘diterangkan’ di dalam konsep milik bagi frasa tersebut. Namun, di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor, frasa yang ditunjukkan menepati hukum DM iaitu hukum ‘diterangkan’ hadir sebelum hukum ‘menerangkan’ iaitu ‘kete’ ialah hukum ‘diterangkan’ dan ‘aku’ ialah hukum ‘menerangkan’.

Seterusnya, di dalam konsep milik terdapat pengguguran yang berlaku di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor iaitu bagi kata ‘punya’ untuk menunjukkan konsep milik. Namun, di dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha tidak terdapat pengguguran bagi kata ‘punya’ untuk menunjukkan konsep milik. Contohnya, wo de che <> saya punya kereta dan dialek Hakkha iaitu ngai ei cha <> saya punya kereta. Berdasarkan contoh ini, kata ‘punya’ dikekalkan di dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha untuk menunjukkan konsep milik tetapi di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor, terdapat pengguguran kata ‘punya’ untuk menunjukkan konsep milik. Contohnya, kete aku <> kereta saya. Di sini dapat dilihat bahawa tiada kata ‘punya’ bagi menunjukkan konsep milik. Hal ini dapat ditunjukkan dalam rumus ini, kereta kepada saya <> saya punya kereta (bahasa Mandarin dan dialek Hakkha) = kete Ø aku (dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor).

3.0 Penutup

Daripada kajian ini, didapati bahawa konsep milik bagi bahasa Mandarin dan dialek Hakkha adalah sama, iaitu konsep milik hadir selepas kata ganti nama manakala konsep milik hadir sebelum kata ganti nama dalam dialek Melayu Selatan dan bahasa Melayu baku.

Tuesday, February 3, 2009

Uncle Hussein_Lagu untukmu

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Tak dapat ku faham
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Kunci dilepaskan


Pada pendapat saya, analisis konstrastif terhadap lirik lagu "Lagu Untukmu" ialah setiap pendengar lagu ini mempunyai perbezaan dan persamaan dari segi fikirannya.

"Lagu Untukmu" ini memang menimbulkan emosi yang sedih kerana penulis lagu itu meluahkan perasaannya melalui lagu tersebut, iaitu penulis lagu itu mengatakan bahawa bagaimanakah seseorang itu melukakan hatinya. Akan tetapi, terdapat pendengar yang akan berasa sedih hati ataupun kasihan terhadap penulis yang meluahkan perasaannya yang sedih melalui lagu tersebut. Walau bagaimanapun, mungkin juga terdapat pendengar yang tidak tersentuh hatinya ataupun tidak berasa lagu tersebut mengharukan.

Hal ini menunjukkan bahawa setiap pendengar masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza terhadap lagu ini. Sesetengah individu mungkin mempunyai perasaan yang sama. Ada kemungkinan juga sesetengah individu mempunyai tanggapan yang berbeza. Perbezaan ataupun persamaan fikiran atau emosi atau tanggapan adalah bergantung pada individu masing-masing.

Monday, January 19, 2009

hmt329_perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk aspek sinonim kata hubung(dan) untuk berita Mandarin dan berita Melayu

1.0 Pendahuluan
Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Mandarin dan berita Bernama bahasa Melayu. Kami tidak menfokuskan terhadap satu tajuk berita kerana terdapat dua berita berbahasa Mandarin dan dua berita berbahasa Melayu dalam data yang dikaji oleh kami. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.
Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Mandarin itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala, data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Misalnya, data yang dibanding dalam bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu merupakan interbahasa.
Sinonim dapat didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama dalam sesuatu bahasa [ Kamus Linguistik, 1997: halaman 204 ].
Nik Safiah Karim dan rakan-rakan di dalam bukunya, Tatabahasa Dewan memberi definisi kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. [ Tatabahasa Dewan, 2008: halaman 239 ]

2.0 Tujuan
Tugasan ini akan menganalisis kesinoniman kata nama yang wujud di dalam rencana bernama 1 dan rencana bernama 2 di mana kata nama yang wujud di dalam rencana-rencana tersebut akan disenaraikan dan diberi definisi secara harfiah. Tujuannya adalah untuk melihat hubungan antara perkataan tersebut dengan makna kamus dengan makna yang digunakan oleh penulis di dalam penulisan rencana tersebut. Di sini, persamaan dan perbezaan penggunaan perkataan dapat dikenalpasti dan dianalisis pada bahagian dapatan dan analisis

3.0 Kaedah
Kaedah yang digunakan oleh kami dalam kajian ini ialah kaedah korpus yang diperolehi oleh kami daripada TextStat. Kami hanya mengkaji kata hubung sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Dalam kata hubung tersebut, kami hanya menfokuskan penggunaan ’dan’ dan ’he’sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Kami akan menggunakan konkordans yang terdapat dalam program TextStat untuk melihat kekerapan penggunaan kata hubung ’dan’ dan ’he’ dalam kedua-dua bahasa tersebut.
Penggunaan kata hubung ’he’ dalam berita berbahasa Mandarin muncul sebanyak 10 kali dalam data. Peratusan bagi perkataan tersebut ialah sebanyak 1.81%. Manakala dalam berita bahasa Melayu, kata hubung ’dan’ muncul sebanyak 10 kali dengan peratusan sebanyak 1。22 %.

4.0 Dapatan dan analisis kajian
Aspek makna yang dikaji oleh kami ialah sinonim. Sinonim ialah perkataan yang sama erti atau maknanya. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna.
(http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.aspe=UPSR&s=BM&b=MEI&m=3&r=m&i=NOTA, 18 Jan 2009).
Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, kata seerti; kata yang bersinonim mempunyai kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Menurut Wikipedia. Sinonim ialah perkataan seerti atau kata yang mempunyai sama maksud (Wikipedia, 18 Jan 2009). Pernyataan ini disokong oleh F.R.Palmer (1989:97) dalam buku Semantik: Sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain.Kata hubung ‘dan’ atau ‘he’ dalam bahasa Cina mempunyai makna yang sama iaitu bersinonim antara satu sama lain. Walaupun kata hubung ‘dan’ dan ‘he’ mempunyai makna yang serupa tetapi kewujudan kata hubung ini tidak setara dalam kedua-dua berita yang saya kajikan.

1) Mandarin: su_dan_ma_mu_ji_chang he dao_lu_xing_jian
Melayu: Lapangan_Terbang_Sultan_Mahmud dan pembinaan_lebuh_raya


2) Mandarin: jian_kang bu_zhang na_du liao_zhong_lai he na_du a_mo_sai da_cheng
Melayu: Menteri_Kesihatan_Datuk_Liow_Tiong_Lai dan Menteri_Besar_Datuk_Ahmad_Said

3) Mandarin: Zhang_wei_feng he mo_ha_mo_a_li_fu fen_bie ying_zhan Yin_ni xian_shou
Melayu: Chong_Wei_Feng dan Mohamad_Arif_Abdul_Latif, disekat oleh pemain Indonesia.

4) Mandarin: han_guo xuan_shou bai_xiang_xi qi_quan, he ta jiang mian dui lai_zhi bu_jia_li_a de xuan_shou
Melayu: pemain Korea_Selatan Bae_Seung_Hee menarik diri, dan beliau akan berhadapan dengan pemain dari Bulgaria

Daripada jadual di atas, boleh didapati bahawa kata hubung ‘dan’ wujud lebih banyak kali dalam berita bahasa Mandarin berbanding kata hubung ‘he’ dalam berita bahasa Melayu yang dikaji. Walaupun, kedua-dua kata hubung ini bersinonim tetapi kekerapan kewujudan adalah berbeza. Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, kata hubung pancangan ‘dan’ adalah bersinonim dengan ‘serta’. (http://apldbp2.dbp.gov.my/personel/tesaurus/tesauruscari.htm, 18 Jan 2009).

Jadi ini bermaksud, dalam bahasa Melayu, kita dapat menggantikan kata hubung ‘dan’ dengan kata hubung ‘serta’ kerana mempunyai fungsi yang sama. Kedua-dua ialah kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. (Tatabahasa Dewan, halaman 239)

5.0 Penutup
Secara kesimpulannya, kata hubung ‘he’ dalam bahasa Mandarin adalah bersinonim dengan kata hubung ‘dan’ dalam bahasa Melayu. Tetapi, penggantiannya adalah bergantung kepada konteks penggunaannya.

6.0 Rujukan:
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R.F.Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah: Abdullah Hassan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa Dewan. 2006. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Wikipedia. 5 Mac 2008. Sinonim. Mediawiki [18 Januari 2009]

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=383821

http://mandarin.bernama.com/v2/news.php?id=38450

http://www.nanyang.com/index.php?ch=167&pg=778&ac=921373

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=384027

http://www.niederlandistik.fu-berlin.de/textstat/

7.0 Lampiran

Berita Melayu 1
Abdullah Janji Impian Rakyat Terengganu Jadi Kenyataan

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melihat kemajuan yang dicapai oleh Terengganu sekarang diteruskan tanpa sebarang gangguan, sekali gus memenuhi impian setiap rakyat di negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan setiap rancangan yang dirangka untuk negeri itu sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih daripada parti PAS akan dilaksanakan.

"Saya nak lihat kemajuan di negeri ini berterusan, tak tersangkut, tak tersekat atau apa-apa projek yang dirancang diketepikan, bahkan apa yang dirancang akan dibina.

"Apa yang diimpikan oleh rakyat Terengganu tetap akan jadi kenyataan," katanya berucap pada majlis peletakan batu asas Kompleks Pakar Materniti dan Kompleks Psikiatri Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini hari ini.

Untuk itu kata Abdullah, kerjasama baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang berlangsung sekarang harus meliputi semua peringkat termasuk peringkat bawah bagi memudahkan pelaksanaan setiap projek yang dirancang.

"Oleh sebab itulah kita mahu wakil yang sama dengan kita seperti sebelum ini untuk kawasan ini bagi memudahkan kita bekerja," katanya.

Perdana Menteri berkata sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada PAS pada 2004, pelbagai projek yang membawa manfaat kepada rakyat telah dilaksana termasuk penubuhan Universiti Malaysia Terengganu, menaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan lebuh raya.

"Apa yang kita nak buat ini (pembinaan kompleks pakar) juga satu lagi kejayaan yang dibawa oleh kerajaan BN di Terengganu dan kerajaan BN Persekutuan, iaitu satu lagi projek impian yang menjadi realiti bagi orang Terengganu," katanya.

Abdullah juga menegaskan bahawa sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada PAS pada 2004, tahap kemiskinan berjaya dikurangkan dari 15.4 peratus kepada 6.5 peratus sekarang.

Selain itu katanya, Terengganu juga berada di tempat paling atas daripada segi pencapaian dalam peperiksaan yang kejayaan itu tidak mudah dicabar pelajar di negeri lain.

Abdullah berkata semua kejayaan itu menunjukkan projek yang dilaksana kerajaan membawa impak besar kepada rakyat Terengganu.

"Saya bersyukur kerana kerajaan negeri ini sentiasa beri perhatian kepada keperluan rakyat dan setiap yang dilaksana itu adalah untuk semua, tanpa memilih keturunan, bangsa atau agama," katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun rakyat bebas memilih kerajaan yang dikehendaki, adalah menjadi tugasnya menyampaikan kepada masyarakat mengenai maklumat yang tepat bagi membantu rakyat membuat keputusan bijak.

"Saya tahu apa yang diputuskan pengundi adalah hak pengundi, tapi menjadi kewajipan saya untuk memberitahu maklumat yang baik," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Berita Mandarin 1
a_du_la shi_fou wei_chi ying_yu_jiao shu_li ke de jue_ding jiang zai yan_jiu wan_cheng hou xuan_bu

gua_la_deng_jia_lou shi_wu_ri ma_xin_se xun shou_xiang na_du_shi_li a_du_la jin ri shuo shi_fou wei_ch ying_yu_jiao

shu_li ke de jue_ding jiang_hui zai xiang_guang de yan_jiu wan_cheng hou cai cuo xuan_bu

ta shuo zheng_fu mu_qian dui chi ke_ti xian_mo_bu_ying cheng_wei yi_ge ke_ti

ni bu_neng zai ke_ti shang sui_bian fa_biao ge_zhong_ge_yang de pi_ping

chu_fei you xiang_guan de yan_jiu zuo_wei gen_ju

ta shi jin ri zai zhe_li chu_xi yi_xiang biao_yang qin_nian ling_xiu bao_kuo zhou yun_dong xuan_shou de ju_hui

hou dui ji_ze zhe_me shuo

a_du_la zhi_qian bei yao_qiu zhen_dui fan_dui_dang bu_xuan jing_xuan huo_dong shang shi_yong zhe_ge ke_ti

bo_qu ma_lai ren xuan_piao de shi fa_biao tan_hua

shou_xiang shuo jiao_yi_bu ren zai ge_ge jiao_du yan_jiu xiang_guang de shi_xiang

bao_kuo zui_jin yi_ci de xiao_liu jian_ding kao_shi he chu_zhong jian_ding kao_shi cheng_ji

ta shuo chu_le bi_jiao xiang_qu he cheng_shi di_qu de biao_xian wai

ye hui zhen_dui jiao_shi de neng_li

ma_lai wen di_wei he lian_bang xian_fa deng qi_ta fang_mian jin_xing yan_jiu

ta shuo zhe_xie lai_zi ge_ge jiao_du de zi_liao jiang_hui hui_bian cheng yi_fen bao_gao ti_cheng gei nei_ge

bing zai nei_ge jin_xing tao_lun hou cai zuo_chu jue_ding


Berita Melayu 2
Chong Wei Melangkah Mudah Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dengan mudah melangkah mara ke perlawanan suku akhir Terbuka Korea Super Series selepas menundukkan pemain Thailand Tanongsal Saensomboonsuk.Pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Beijing yang menjadi pemain pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan 20 minit untuk mencatat kemenangan 21-14, 21-9 dalam perlawanan pusingan keduanya di Gimnasium Olimpik ke-2, di Bangi-Dong, Seoul, hari ini.Chong Wei yang baru memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia buat kali kelima Ahad lepas, akan bertemu dengan pemain Korea Selatan Park Sung Hwan, yang menjadi lawannya di Kuala Lumpur sebelum ini. Park menumpaskan pemain Jepun Sho Sasaki 21-12, 21-4 hari ini untuk melangkah ke peringkat suku akhir.Bagaimanapun kemaraan dua lagi pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng dan Mohamad Arif Abdul Latif, disekat oleh pemain Indonesia.Chong Wei Feng ditewaskan oleh Simon Santoso 21-13, 21-15 manakala Mohamad Arif Abdul Latif kalah kepada Andre Kurniawan Tedjono dengan 21-12, 21-18.Dalam beregu lelaki, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah turut mara ke peringkat suku akhir selepas berjaya menewaskan pasangan Indonesia Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 11-21, 21-16 21-19 dalam masa 40 minit.Mereka akan berhadapan dengan pasangan Taiwan Fang Chieh Min-Le Sheng Mu, yang membuat kejutan apabila berjaya menundukkan pasangan nombor satu dunia Markis Kido-Hendra Setiawan 21-10, 11-21, 21-18.Dalam perseorangan wanita, selepas berhempas pulas, pemain negara Julia Wong Pei Xian kalah kepada pemain Hong Kong Wang Chen 21-14, 15-21, 5-21.Penyandang juara Mi Zhou dari Hong Kong mendapat kemenangan percuma apabila pemain Korea Selatan Bae Seung Hee menarik diri, dan beliau akan berhadapan dengan pemain dari Bulgaria Petya Nedelcheva dalam perlawanan suku akhir.Juara Terbuka Malaysia Tine Rasmussen dari Denmark turut mara selepas beliau menundukkan pemain Indonesia Pia Zebadiah Bernadet dalam straight set dan akan berentap dengan pemain Indonesia Adrianti Firdasari dalam perlawanan berikutnya.Dalam kategori beregu wanita pula pasangan Taiwan Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin akan berhadapan dengan pasangan Shendy Puspa Irawati-Meiliana Jauhari dari Indonesia dalam perlawanan suku akhir manakala Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won dari Korea Selatan akan berentap dengan pasangan dari Denmark Helle Nielsen-Marie Roepke.Dalam beregu campuran, pasangan India Diju V-Jwala Gutta membuat kejutan apabila mengalahkan pasangan Indonesia Nova Widianto-Liliyana Natsir 10-21, 21-16, 21-9.Mereka akan bertemu dengan satu lagi pasangan Indonesia Wijaya Rendra-Meiliana Jauhari dalam perlawanan berikutnya.Pasangan Korea Selatan Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung akan berpeluang mempertahankan gelaran juara apabila mereka turut mara, dan akan bertemu dengan pasangan Indonesia Fran Kurniawan-Shendy Puspa Irawati dalam perlawanan suku akhir nanti.

Berita Mandarin 2
(shou_er 15 ri xun) zhi luo 2 ju qin xia tai_guo xiao jiang ta_nong_sha hou, da_ma shi_jie nan tan ta yi_ke li_zhong_wei an_shou sha jin han guo yu_mao_qiu gong kai sai 8 qiang, duan_duan yi_zhuo_nei he han_guo de pu_cheng_yang 2 du jiao shao.

he shou qiang de ku zhan 3 ju guo kuan bu tong, zhong_wei jin_ri qiang yong le duan_duan 20 fen_zhong, jiu yi 21 bi 14 21 bi 9 hen sao ta_nong_sha; bu_cheng_yang zhe ling yi fu tao_tai ri_ben de zuo_zuo_mu_yang, ru_yuan he zhong_wei zhong_yan da_ma gong_kai sai jue_sai yi_mu.

ling yi bian siang,da_ma 2 ming xiao_jiang zhang_wei_feng he mo_ha_muo_ha_li_fu ye shun_li bao dao chi quan sai, fen bie ying_zhan ying_ni di 8 zhong zi shi_men_sang_tuo_suo he an_de_lie_de_zuo_nuo, sheng fang jiang zai fu_sai jiao_feng.

da_ma guo_jia dui dan_ta jiao_nian la_shi zai fang_wen shi shuo:" xi_wan zhang_wei_fen he a_li_fu neng ti_zhao bao leng zheng_ji, ji_pai shi_jie pai_ming tuo bi ta_men gao de dui-shou.

"sui ran ta_men zai jiao shou ji_lu shang chong bu_zhen shen chu, tan xi_wang ta_men neng pa wa zhe ge ji hui zheng_ming zi ji.

"wa xi_wang jin_tian neng kan_dao geng duo de huo_bei dui qiu_yuan tong_guo zhao_ji xi_lie de chu_sai quan, kai_san ta_men de shi-jie pai_ming.

ling yi bian xian, shuo guo quan cun de da_ma nv dan_ta huang_pei_xian jiang zai chi quan ying_zhan xiang_kang ming_qiang wang_chen, sha jin 8 qiang de ji_hui bu gao. yi_chi_tong_shi, 2 ji da_ma qian guo_shou li_wan_hua yi_zhong_ten_fu yi_ji cheng_zhong_ming yi jiang_chun_yin, jun shun_li sha jin 16 qiang_lin.

shou_hu yi 2 tao_tai han_guo nian_qin zu_he gao_cheng_xuan yi quan_yi_jiu hou, li_zhong chi_quan jiang yin_lai da_ma gong_kai sai ya_jun-yin_ni de ai_er_wen_yi heng_de_la_gu_na_wan.

cheng, jiang zhe jiang he ling yi zhi han_guo zu_he sheng_bai_ji yi han_xiang_xun zheng_duo 8 qiang zhi_ge.

shou_quan lun-kong de yin_ni shou_hao zhong_zi heng_de_la yi ma_ji_shi yi_ji han_guo chi_hao zhong_zi zheng_zai_cheng yi ;i_long_da, jiang zai chi_quan fen_mo deng_chang, fen_bie ying_zhan zhong_hua tai_bei de fang_jie_ming yi li_sheng_mu yi_ji ri_ben de zao_chuan_xian_yi yi shu_ye_jian_tai.

bu_guo, shang_zhou cheng_ba da_ma de yin_ni 2 jie shi_jie guang_jun nuo_wa yi li_li_ya_na que da_re dao_lu, chi_quan yi 21 bi 10, 16 bi 21, 9 bi 21 zhao yin_du zu_he di_zhu yi gu_da ni_zuan, bao_chu kai_sai zhi_jin de zui da len_men.

CHOO HOOI LEAN 89660
OOI YUN KEAN 89762

Wednesday, January 14, 2009

hmt329_norkhiriah


HMT 329: Faizal Tahir - Gemuruh

Faizal Tahir -

Gemuruh Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

HMT329: Hong Kong Drama "Forensic"


Cast
Bobby Au Yeung as Ko Yin Bok 高彥博 (Timothy)

Yoyo Mung as Leung Siu Yau 梁小柔 (Nicole)

Kevin Cheng as Yeung Yat Sing 楊逸昇 (Ivan)

Frankie Lam as Koo Chak Sum 古澤琛 (Sam)

Charmaine Sheh as Ma Kwok Ying 馬幗英 (Bell)

Extended

Raymond Cho as Shum Hung 沈雄

Florence Kwok as Mok Suk Nuen 莫淑媛 (Yvonne)

Astrid Chan as Lam Pui Pui 林沛沛

Vivien Yeo as Ling Sum Yi 凌心怡 (Josie)

Fred Cheng as Leung Siu Kong 梁小剛 (Fred)

Matthew Ko as Mok Jing Hong 莫正康 (Eric)

Macy Chan as Fong Miu Na 方妙娜 (Formula)

Oscar Leung as Ching Wai Sing 程偉勝 (Edwin)

Linda Chung as Lam Ding Ding 林汀汀 (eps1-5)

Law Lok Lam as Ma Gum To 馬錦濤

Kara Hui as Cheng Lai Ling 鄭麗玲

Angelina Lo as Gwok Yi Fan 郭綺芬

Stephen Huynh as Ma Kwok Wun 馬國宏Lui Shan

(吕珊) as Yeung Sau Kuen 楊秀娟 (Connie)

Ben Wong as Wong Ching Hung 王正鴻

Eileen Yeow as Chung Yuen Mei 鍾婉媚

Charles Szeto as Li Zhung Seung 李忠信

Jack Wu as Yip Chi Man 葉志文

Lee Sing Cheung as Dai Guai 戴貴

Shirley Yeung as Kwok Hiu Lam 郭曉琳 (Sharon)

Sam Chan as Taam Ga Lok 譚家樂

Chris Lai as Li Zee Wai 李志偉

Selena Li as Lee Kiu 李蕎

Leanne Li as Poon On Nei 潘安妮 (Annie)

Shermon Tang as Mui Chin 梅芊 (Mabel)

Sharon Luk (陸詩韻) as Miu Sin 繆倩 (Cherry)

Queena Chan (陳丹丹) as Cheuk Nam 卓嵐

Eddie Lee as Lau Jeung Sek 劉俊碩 (Terence)

Otto Chan as Cho Ho Ting 曹皓霆 (Isaac)

Benjamin Yuen (袁偉豪) as Cheuk Gwun Wing 卓鈞榮 (Anson)

Savio Tsang as Hui Lap Yun 許立仁 (Matt)

Gok Fung (谷峰) as Ko Tong 高通

Yu Yang (于洋) as Leung Hing Nong 梁興隆

Lam King Kong (林敬剛) as Simon

Chan Chi Sun (陳智燊) as Lai Jun Hei 黎俊熙

Jim Tang (鄧永健) as Cheung Keong 張強

Ram Tseung as Manager Mok

Kwok Fung as Chiu Ying Kau 趙應球

Lawrence Ng as Wong Man Hou

Sharon Chan (cameo, ep30)

HMT329 Analisis Konstrastif Yasser Arafat

Analisis konstrastif Yassier Arafat
1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)
2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)
3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)
4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)
5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)
6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)
7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)
8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)
9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)
10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)
11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)
12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)
13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)
14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)
18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)
19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)
20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)
21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9)22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)

Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?
1) Carian di internet
2) Mengarang esei
3) Menjalankan soal selidik

hmt329_Yasser Arafat

Tuesday, January 13, 2009

Hmt329_soal selidik_Pandangan tentang Yasser Arafat

HMT329_Pandangan tentang Yasser Arafat (Hooi Lean)
Ahli kumpulan: Choo Hooi Lean (3), Siti Zaleha bt Mangit (26), Maisarah Abd. Karim (10)

Tidak pernah mendengar nama Yasser Arafat.
Yasser Arafat beragama Islam.
Hanya membaca surat khabar bahasa Cina.
Tidak pernah mendengarnya daripada rakan
Tahu Bush kerana lebih terkenal.
Tidak menonton berita TV3.


HMT329_Soal selidik tentang Yasser Arafat
Soalan:Adakah anda mengetahui tentang Yasser Arafat? Mengapa?

Rakan 1: Tidak pernah mendengar Yasser Arafat.
Rakan 2: Mungkin pernah tengok mukanya tetapi tidak tahu namanya.
Rakan 3: Hanya membaca bahagian hiburan dalam surat khabar, jarang
membaca berita luar negara.
Rakan 4: Tidak mengenali orang tersebut.
Rakan 5: Tidak pernah mendengar nama ini kerana jarang membaca
surat khabar.

peratusan= 5/5 x 100 = 100% orang yang tidak mengenali Yasser Arafat.

Friday, January 9, 2009

hmt329

Hari ini kami telah belajar tentang analisis kontrastif. Kami disuruh untuk membuat perbandingan antara unsur x dan unsur y. Tiga faktor yang menentukan aturan kata ialah ketertandaan, keseringan, dan aspek konteks. Walau bagaimanapun saya tidak faham secara keseluruhan.

Thursday, January 8, 2009

dialek

1. ma ma qu a di shu shu de dian mai ji dan
Ibu pergi Ah Di pak cik punya kedai beli telur

Ibu pergi ke kedai pak cik Ah Di untuk membeli telur!

2. ta shuo ta kan jian ni zhe yang mang
dia kata dia tengok kamu begitu sibuk

Dia berkata bahawa dia nampak kamu begitu sibuk

3. wo zao shang cai chi yi dian dong xi ba le
saya pagi baru makan sedikit benda sahaja
Saya baru makan sedikit makanan sahaja pagi ini

4. wo xiang chi dan dan shi dan wan le
saya ingin makan telur tetapi telur habis sudah

Saya ingin makan telur tetapi telur sudah habis.

5. wo zhi qian gen ta
saya sebelum dengan dia

ti guo zhe shi ke shi ta bu tai
menyebut sudah ini hal tetapi dia tidak sangat

zan cheng
setuju

Saya pernah memberitahu hal ini kepada dia tetapi dia tidak begitu setuju.
6. ta shuo qing gong ren hen lang fei yao gei gong qian
dia kata ambil pekerja sangat bazir perlu beri gaji

Dia berkata bahawa mengambil pekerja sangat membazir kerana perlu memberi gaji!

7. zhe gu shi zhi shi yi qian ting ni po po shuo guo
ini cerita hanya dahulu dengar kamu nenek kata pernah

Saya hanya pernah mendengar nenek kamu menceritakan cerita ini dahulu.

8. ta men zi xiao jiu shi qu fu mu qing
mereka sejak kecil sudah kehilangan ibu bapa

Mereka sudah kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi.

9. di di ting le na xie hua jiu fei chang sheng qi
adik dengar sudah itu kata pun sangat marah

Adiknya berasa sangat marah selepas mendengar kata-kata itu.

10. er ge cen jin gao su wo ta you ge
dua abang pernah beritahu saya dia ada satu

peng you shi mai xie zi de
kawan ialah jual kasut punya

Abang ngah pernah memberitahu saya bahawa dia mempunyai seorang
kawan yang menjual kasut.