Tuesday, February 3, 2009

Uncle Hussein_Lagu untukmu

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Tak dapat ku faham
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Kunci dilepaskan


Pada pendapat saya, analisis konstrastif terhadap lirik lagu "Lagu Untukmu" ialah setiap pendengar lagu ini mempunyai perbezaan dan persamaan dari segi fikirannya.

"Lagu Untukmu" ini memang menimbulkan emosi yang sedih kerana penulis lagu itu meluahkan perasaannya melalui lagu tersebut, iaitu penulis lagu itu mengatakan bahawa bagaimanakah seseorang itu melukakan hatinya. Akan tetapi, terdapat pendengar yang akan berasa sedih hati ataupun kasihan terhadap penulis yang meluahkan perasaannya yang sedih melalui lagu tersebut. Walau bagaimanapun, mungkin juga terdapat pendengar yang tidak tersentuh hatinya ataupun tidak berasa lagu tersebut mengharukan.

Hal ini menunjukkan bahawa setiap pendengar masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza terhadap lagu ini. Sesetengah individu mungkin mempunyai perasaan yang sama. Ada kemungkinan juga sesetengah individu mempunyai tanggapan yang berbeza. Perbezaan ataupun persamaan fikiran atau emosi atau tanggapan adalah bergantung pada individu masing-masing.

No comments:

Post a Comment